About Me

My photo
aku adalah spt nama n alamat yg tertera(ade ke?) ahahaha... nama aku shidah. org pngl aku katak(time skull dulu coz my pncil box ada pic katak) huhu..mcm2 la..haha.. aku ada 12 org adik brdik(ramai kan? haha...ramaikan umat,NABI syg tau..^_^..)

~~nyawa ku~~

luahan aku

~~ALLAH itu memang betul-betul maha adil. terima kasih utk Engkau kerana memberi keadilan buatku~~

Sunday, April 25, 2010

...flash back skit kata....

MAK
penat tarung nyawa sbab nk lahirkan aku..penat kuarkan keringat sebab nk didik n asuh aku jd org yg berguna. banyak air liur mak dihabiskan utk membebel pada aku..bebelan berguna yg dulu aku fikir cukup membosankan aku..tp la ni..aku rindu semua tu..bila x dgr mak bebel kat aku, aku jd rindu yg teramat..
dulu..masa kecik2 rajin benor aku lawan ckp mak..tp time tu aku bebudak lg..x fhm perasaan mak..bila aku melawan mak slalu ckp "hg akan rasa apa yg aku rasa bila hg ada anak nti".
dulu...aku wat x kisah ja bila mak ckp mcm tu..
tp...la ni, semua dh berubah..mak..adik bukan mcm dulu lg..adik dh besar..n skrng dh jd seorng yg dewasa..aku dh mula faham perasaan mak..aku dh mula rasa apa yg bakal aku hadapi bila aku ada anak2 nti..
mak..adik mntak maaf..adik bkn anak yg baik..tp adik akan berusaha utk jd yg terbaik di mata mak ayah..maaf atas dosa2 yg pnh adik wat kat mak dulu..dosa lawan ckp mat masa kecik2 or time x disengajakan..adik mohon maaf yg teramat..


AYAH
seumur hayat aku, aku x prnah dgr ayah ckp "ayah syg anak2 ayah"..
tp aku tau..jauh di sudut hati dia, anak2 lebih jd keutamaan berbanding semua hal lain..brbnding semua keutamaan dia dan mak..
ayah..adik mntak maaf..adik x pnh kira pn berapa kerutan kat dahi ayah...adik x pnh pn tnya utk apa peluh ayah kluar dan akhirnya kering..adik cma tau mntak duit..mntak ayah hntar g sekolah, mntak yg tu, mntak yg ni..semua ayah wat walaupun time tu apa yg aku nk xda dgn ayah..tp he try his best to fullfill all my request..aku pnh tgk tapak tgn ayah..keras! aku pnh rasa tapak kaki ayah..keras! nmpak sgt ayah mmg cari rezeki kat kami anak2 n isteri dia dgn sngguh2..lngsung x kisah tapak tgn n kaki dia jd keras..ayah..andai kata ada organ badan spare yg blh tukar2, amik la kulit kat tapak tgn n kaki aku..biar lembut ja tgn n kaki ayah..
ayah..terima kasih sebab wat semua ni utk kami..


dulu..aku rasa kaum hawa lbh hebat sbb kaum ni je yg leh lahirkan anak..tapi, makin aku fikir, makin aku temui jawapan..hawa & adam sama2 hebat..sebab kekurangan hawa ditampung oleh kelebihan adam n kekurangn adam ditempung oleh kelebihan kaum hawa..


mak..bukan stakat ratu, tp urat nyawa di leherku..
ayah..bukan stakat raja, tp urat nyawa di leherku..
jatuh mak n ayah..jatuhlah aku..T_T

Saturday, April 24, 2010

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Friday, April 16, 2010

KHASIAT MADU LEBAH

Dalam Surat An Nahl:
Ayat 68.
Dan tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibikin manusia."

Ayat 69.
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

Nabi Muhammad s.s.w. bersabda:
"Barang sesiapa minum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat al-quran, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Allah s.w.t. telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul s.a.w. sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca AI-Quran".

Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a Rasulullah saw bersabda:
"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur'an."

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Thursday, April 15, 2010

kenali 10 JANGAN..!!!


1) JANGAN SENGAJA LEWATKAN SOLAT.

2) JANGAN MASUK KE BILIK AIR TANPA MEMAKAI ALAS KAKI KERANA BIMBANG AKAN TERBAWA NAJIS PULA.

3) JANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS YG SUMBING. IANYA MAKRUH KERANA BOLEH MENYEBABKAN BAHAYA.

4) JANGAN BIARKAN PINGGAN DAN MANGKUK YG TELAH DIGUNAKAN TIDAK BERBASUH KERANA IANYA MAKRUH DAN MEWARISI KEPAAN.

5) JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH. PINTU REZEKI AKAN TERTUTUP.

6) JANGAN MAKAN TANPA MEMBACA BISMILLAH KERANA NANTI REZEKI KITA AKAN DIKONGSI DENGAN SYAITAN.

7) JANGAN KELUAR DARI RUMAH TANPA BERNIAT UTK MELAKUKAN KEBAIKAN KERANA BIMBANG AKAN MATI DLM KEADAAN SIA-SIA.

8) JANGAN MEMAKAI SELIPAR YG BERLAINAN KERANA MAKHRUH DAN MEWARISI KEPAPAAN.

9) JANGAN MENANGGUHKAN TAUBAT APABILA BERBUAT DOSA KERANA MATI BOLEH DATANG PADA BILA-BILA MASA.

10) JANGAN MEMPERTIKAIKAN MENGAPA ISLAM BERKATA JANGAN. KERANA SEMUANYA UNTUK KESELAMATAN KITA.

Wednesday, April 14, 2010

rakan2 ku..


OH TIDAK!!!!

XMAU JADIK KAYU API JE...T_T

Tuesday, April 13, 2010

aku masih baru..

aku baru je wat blog ni..xpndai ag..de pape2 kmen ar bgtau aku..wahahha...cam best la de blog sndri kan..hahaha

Monday, April 12, 2010

bila diri dikhianati..

bila diri dikhianati..apa prasaan bila kena khianat? rasa cam nk hentam ja org tu cukup2..kan? hmmmm

kadang2 terpk nape la ada manusia cam ni dalam dunia ni? nk kata aku ade wat salah,rasanya xde..tp if ada skalipun, jgnlah smpai fitnah aku macam2..apa..igt aku ni xda prasaan ke? haishhh..geram + benci..n now, aku betul2 bencikan dia..x sabar nk hbs diploma..klu bleh,xnk dtg stdy kat cni lagi...my bad memories...T_T

Followers